Pada tahun 1989, terbinalah sebuah surau kecil dengan keluasan 17 x 17 kaki persegi di tepi Sekolah Sk Sri Suria (1) berdekatan dengan kantin. Surau papan ini terbina hasil gotong-royong dan kerjasama PIBG serta pasukan rela. Pada awal pembinaannya, surau ini hanya dikhaskan untuk amali solat muird-murid Sk Sri Suria (1) yang dapat memuatkan seramai 80 orang jemaah. Dan kini, bermula tahun 2004, surau sekolah telah diberi nafas baru oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama pihak sekolah, PIBG dan unit KAFA Sk Sri Suria (1). Surau baru yang berkeluasan 50 x 80 ini didirikan berdekatan dengan padang sekolah , berhampiran dengan mini zoo Sk Sri Suria (1). Ianya kini telah dapat memuatkan 500 jemaah dalam satu-satu masa.
Surau ini dibahagikan kepada tiga sudut iaitu ruang amali solat, sudut bacaan dan sudut papan kenyataan. Surau yang dahulunya pudar kini diberi cahaya baru dengan dilengkapi alat penghawa dingin, LCD, kipas, lampu, Al-Quran, Kitab-kitab Tafsir, P.A. Sistem, karpet, langsir, buku-buku rujukan dan buku-buku ilmiah untuk kemudahan pengunjung surau. Pelbagai poster dan artikel dipamerkan bagi meningkatkan tahap intelek murid. Surau dahulunya tanpa nama kini telah diberi nama baru iaitu “ Surau Assyakirin “ yang bermaksud surau orang-orang yang bersyukur dengan satu harapan semoga ianya mampu melahirkan murid-murid yang bersyukur kerana mereka bukan sahaja berjaya dibidang akademik tetapi juga cemerlang dari sudut akhlak dan syakhsiah.