السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah SWT kerana telah memberi kesihatan berpanjangan kepada kita semua untuk meneruskan tugas dan amanah kita sebagai seorang pendidik . Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Surau As-Syakirin Sri Suria (1) kerana telah berjaya menghasilkan “ Manual Pengurusan Surau As-Syakirin 2011 ”. Semoga manual ini dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada warga sekolah dalam melaksanakan program takmir surau dan aktiviti keagamaan di sekolah .
Surau bukanlah sekadar tempat untuk mengerjakan ibadat solat dan amali Pendidikan Islam semata-mata malah ia juga berfungsi sebagai pusat bina insan melalui pelaksanaan program-program serta aktiviti-aktiviti keagamaan yang terancang , kemas , menarik dan sistematik. Semoga dengan penghayatan surau yang terancang akan dapat melahirkan golongan pelajar yang “Mutadayyin” serta mampu menghadapai cabaran semasa.
Justeru itu adalah menjadi harapan agar semua warga sekolah bersama-sama berusaha mendidik anak-anak didik kita menjadi insan berkeperibadian mulia dan berguna kepada agama, bangsa dan negara seterusnya cemerlang di dunia dan di akhirat .
Semoga usaha ini diberkati dan dirahmati Allah SWT dan kepadaNya jua dipohonkan ganjaran yang setimpal.
Sekian,Wassalam
( YM. HJ. TENGKU HAMZAH B. KU SEMAN )
GURU BESAR,
SK SRI SURIA ( 1)
17500 TANAH MERAH
KELANTAN